Sabtu, 13 Oktober 2012

CERITA

Murid-murid yang dikasihi, sudah seminggu murid-murid belajar membaca dan membunyikan suka kata KV. Hari ini, menguji kelancaran baca murid-murid. 


Cikgu juga memaparkan cerita-cerita pendek pada halaman Latih Membaca. Jadi, kamu semua boleh latih membaca cerita yang lain. 

Semoga Berjaya! 


Jumaat, 12 Oktober 2012

LATIHAN PENGUKUHAN

Hai, murid-murid, kita berjumpa lagi! selepas belajar menyebut abjab dan membaca suku kata, cikgu tahu murid-murid telah menjadi pandai. Oleh itu, cikgu telah memaparkan latihan pengukuhan pada halaman Pengukuhan. Ini pun boleh dikatakan satu ujian kecil yang disediakan oleh cikgu untuk menguji kefahaman murid-murid. Murid yang sebagai abang atau kakak boleh membimbing adik-adik supaya mereka menjadi pandai. 

Jawapan Latihan  telah disediak dan dipaparkan pada halaman Jawapan. Murid-murid boleh membuat latihan pengukuhan tersebut dahulu sebelum menyemak jawapan.



Semoga bercuba dan berjaya!

Khamis, 11 Oktober 2012

JAWAPAN LATIHAN

Salam sejahtera. Adakah murid-murid telah buat latihan yang cikgu sediakan pada halaman Latihan? Senangkan saja. Adakah murid yang telah buat latihan tersebut disemak oleh ibu bapa? Sekarang, murid-murid boleh menyemak jawapan kamu sendiri. Hari ini, cikgu telah memaparkan jawapan latihan pada halaman Jawapan. Murid-murid boleh menyemak jawapan sendiri. Jika didapati banyak kesalahan, jangan risau, ulangkaji semula lagi sampai semua soalan jawap dengan betul. 


Semoga Berjaya!

Rabu, 10 Oktober 2012

ULANGKAJI

Murid-murid yang dikasihi, hari ini Cikgu upload beberapa video suku kata terbuka dari youtube. Semuanya terletak di  halaman Video Belajar. Semuanya sesuai untuk murid yang masih kabur dengan suku kata. Buatlah ulangkaji dengan bantuan video. Belajar sedikit demi sedikit, nanti boleh jadi pandai. Kepada anak murid yang sudah pandai, bolehlah ajak adik-adik di rumah dan menonton video ini bersama-sama. Ibu bapa kamu pasti rasa bangga dan gembira.  

Cikgu juga upload lagu ABC dan lagu suku kata dari youtube dan cikgu meletakkannya pada halaman Lagu. kedua-dua lagu ini dapat membantu anak murid untuk belajar dan ingat bunyi suku kata dengan senang.  

Jika letih belajar, murid-murid pun boleh buka video dan nyanyi lagu yang disediakan oleh cikgu pada halaman Lagu untuk berehat sebentar. 



    Semoga belajar gembira!

SUKU KATA TERBUKA (KV+KV+KV)

Salam sejahtera. Setelah belajar suku kata terbuka kv+kv, hari ini kita belajar suku kata terbuka yang terdapat 3 bunyi iaitu kv+kv+kv.

Cikgu telah memaparkan nota tersebut pada halaman Latih Membaca. Murid-murid boleh bukanya dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Cikgu juga memaparkan latihan yang berkaitan pada halaman Latihan. Setelah baca, murid-murid boleh buka latihan untuk menguji kebolehan sendiri. Jika masih berasa susah ketika membunyikan suku kata, murid-murid boleh membuka Video Belajar  dan ikutlah video bunyikan suku kata.

Selamat Berjaya!

Selasa, 9 Oktober 2012

SUKU KATA TERBUKA (KV+KV )

Hai, murid-murid, kita berjumpa lagi! Senang saja mengeja suku kata. Hari ini kita belajar kata-kata yang mempunyai dua suku kata sahaja iaitu KV+KV

Cikgu telah paparkan nota suku kata KV+KV pada halaman Latih Membaca. Murid-Murid boleh buka halaman tersebut dan baca dengan teliti. Jika murid-murid masih belum tahu bagaimana bunyikan suku kata tersebut, jangan risaulah, murid-murid boleh buka Video Belajar untuk belajar dengan perlahan-lahan. Cikgu juga telah upload dan paparkan latihan yang berkaitan pada halaman Latihan. Setelah baca, murid boleh membuka halaman tersebut dan cuba membuat latihan tersebut
Selamat berjaya!

Isnin, 8 Oktober 2012

SUKU KATA

Hai, murid-murid, kita berjumpa lagi. selepas mengenali huruf-huruf abjad, hari ini kita belajar suku kata. Senang saja kita belajar. 


Cikgu juga paparkan nota suku kata pada halaman Latih Membaca. Murid-murid boleh buka halaman tersebut dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Kalau tidak dapat berjaya bunyikan suku kata tersebut, murid boleh berehat sekejap dengan buka halaman video bejalar untuk menonton bagaimana kakak sotong bunyikan suku kata tersebut. 
Selamat bercuba dan berjaya!